
SELAMAT DATANG KE JURNAL LIN
JURNAL BIZ ANDA
vcd percuma sms 012-2765460 / 019 2695460
Minggu lepas selepas saja attend Smart Training hari ku semakin sibuk. Untuk tidak mahu ketinggalan dengan acara Smart Naco , aku dan Lili menghadiri Family Day Naco. Dah dapat tiket free kene la manafaatkan RM8 tu . Suasana panas di bawah khemah dan di bawah ofis HQ tidak melemahkan semangat kami dan semua ahli Naco. Di sana kita melihat masyarakat majmuk Malaysia berada di sana. Semua bangsa dan keturunan ada dengan matlamat untuk mencapai kejayaan.
Seharusnya kita sebagai orang melayu bangun bangkit bersama memajukan ekonomi bangsa kita .Seharusnya kita lebih hebat dari mereka kerana kita diberikan sokongan yang bukan calang - calang. Aku juga terpepan melihat sekumpulan ahli berbangsa India memberikan tepuk gemuruh kepada ketua mereka dan sesungguhnya aku dan Lili lagi terkejut melihat ketua yang mereka raikan adalah SPD Mat Zain . Apatah lagi aku di pahamkan oleh PD Fauzan yang SPD Mat Zain sebenarnya mempunyai agenda tersendiri pada hari itu iaitu Majlis Perkahwinan anaknya.
Bayangkan dalam keadaan komitmen kepada keluarga yang tidak kurang penting , MANUSIA ini sanggup meluangkan masa untuk sama - sama memberi sokongan kepada rakan niaga yang lain. Inilah ciri - ciri seorang yang telah berjaya. Kalau kita bertanya apakah yang berbeza nya SPD ini dengan orang lain dan apakah yang membuatkan orang ini berjaya. JAWAPANNYA adalah ciri - ciri ini yang amat berbeza dengan orang lain. Semangat untuk berjaya. Berkorban masa dan tenaga serta komitmen dengan orang - orang yang di sayangi.
Semua yang hadir diberi door gift 2 sachet Nacofe, Green Factor dan IgG Plus di samping pamplet produk baru dan majalah mini berkenaan dengan aktiviti Smart Naco. Aku dan Lili tidak ketinggalan membeli produk - produk baru yang di tawarkan iaitu Nacofe dan Super clay mask. Belian pada hari itu tidak ada PV tapi cukup berpuas hati kerana promosi BEL SATU PERCUMA SATU.
Semasa di sana sempat juga beramah mesra dengan Ibu Diba dari Medan.Memang ramai sekali yang datang dari Indonesia, Brunei , Singapura. Sesungguhnya telahan ku tentang kehebatan Smart Naco benar belaka . Sebagai satu syarikat yang stabil walau dalam cycle yang masih baru, Smart Naco berjaya meningkatkan ekonomi Malaysia melalui perniagaan MLM. Kenapa semakin ramai orang menolak MLM semakin ramai pula berkecimpung. Jawapannya kerana MLM memberikan pulangan yang lumayan dan bukan angan2 .Yang paling pasti pilihlah syarikat yang benar - benar layak membantu anda merealisasikan matlamat anda.
DI MANA ADA USAHA PASTI ADA KEJAYAAN
Untuk prospek di Sabah dan Sarawak jangan biarkan peluang ini berlalu begitu sahaja.LAWATI
Wasalam
Assalamualaikum .
Perjalanan bisnes di teruskan lagi apatah lagi setelah refresh dari segala segi .Kehadiran di Smart Start Training tidak salah lagi. Berjumpa ramai rakan - rakan membuatkan kita lebih yakin dengan biz yang kita usahakan .Keyakinan sebenarnya lahir dari PERCAYA. Sekiranya percaya tidak wujud bagaimana kah pula kita dapat meyakinkan masyarakat di luar sana bahawa apa yang kita usahakan ini adalah benar dan bagaimana pula mereka ingin menceburinya sedangkan kita tidak berjaya meyakinkan mereka tentang benefit - benefit yang mereka dapat dan bagaimana biz SN dapat mengarah kepada matlamat yang mereka ingin capai.
Maka hadir training merupakan salah satu cara bagaimana meningkatkan keyakinan diri .Menanam kepercayaan agar ia tetap kukuh.Meningkatkan kemahiran diri dan memecahkan tembok batu yang ada menghalang.
Jangan letih menuntut ilmu kerana apa sahaja yang di ajar boleh di praktikkan dalam semua bidang.
Kepada rakan - rakan di luar sana sertai lah training yang selalu di anjurkan kerana setiap kita punyai kekuatan yang perlu sentiasa di asah. Antara lain seperti Smart Start Training yang saya hadiri 3 hb yang lalu.Untuk ulasan lanjut nantikan ulasan saya akan datang.
Berjumpa lagi. Wasalam
Alhamdulillah .Lama sungguh aku tak update journal. Sementelah di Ofis dah block aku tak betah menggunakan dengan fleksibel lagi. Harap di rumah pula sampai agak lambat.Nak meneruskan aktiviti esok hari tak bleh pula tak cukup tidur. Mungkin sebab ada komitmen lain kadang kala agak terganggu biz ini.
Ha harap2 rindu Kak Mala terubat.Lagi kita bakal berjumpa hari Ahad ni di Shah Alam.InsyaAllah memang ku tunggu detik itu.Eh dah lama la tak masuk class. Walau sekarang agak tight masa dan komitmen kerana hubby ada di Chicago , aku tak mahu ketinggalan berjumpa dan menuntut ilmu .
Biz masih di teruskan dengan fokus ke Sabah dan Sarawak. Kadang kala hampir pening aku memahamkan loghat Sabah dan Sarawak prospek. Nak ketawa pun ada.
Seronok dengar citer PD Fauzan pasal training 3 hari 2 malam di Hulu Langat.Menduga kekuatan mental dan fizikal . 2 ciri yang jadi tulang belakang kejayaan seseorang.
Huh...dunia tanpa internet di ofis betul2 buat aku hilang arah. Al maklum selama ni bebas ada masa sket tengok update2 bagus untuk biz dan membaca blog.Selama ni hampir semua tulisan blog aku abadikan di ofis sekarang kene tunggu balik rumah maka selalulah tak dannn.
Namun untuk lari dari SN tak mungkin.....
Buat kawan-kawan yang mengingati dan mengingatkan Aku suka dengan korang. Best!!
Buat yang dah dapat CD tontonlah cd terbaru dan terhangat.
Wasalam
Assalamualaikum semua pembaca budiman.
Aku masih lagi di sini setia kerana belum pernah gagal. Satu ungkapan menarik pada aku kerana kegagalan itu kitalah sebenarnya yang mencorakkan.Satu kelebihan psikologi yang ada pada setiap orang adalah tarikan statik dari minda yang positif. Sekali kita negatif maka minda mengarah anggota menjadi pasif.
Kenapa aku belum pernah gagal? Kerana aku sentiasa mencari peluang menetapkan matlamat dalam hati. Matlamat yang aku kukuhkan dalam hati tertanam kuat agar kejayaan datang menghampiri. Kejayaan makin ku kejar kau makin hampir tapi makin lambat aku melangkah..makin jauh pula kau pergi.Tapi bila aku bermain jarak kau kembali rapat tapi tak dapat lagi ku genggam...KERANA MUNGKIN KAU SAYANG PADAKU dan mahu lagi aku mencari mu dengan segala kekuatan dan fokus yang ada pada ku KERANA bila kau datang rapat sehingga aku berjaya menggapaimu KAU TAKUT.TAKUT aku akan leka dengan USAHA YANG TERLALU MUDAH.
Sempat lagi aku bermonolog. Sabtu lepas aku dan Lily jumpa prospek di Taman Kasturi Tiara, Balakong. Sampai sesat barat tawaf satu Taman Tun Hussein Onn baru lah jumpa. Lawak betul.Sebenarnya taklah jauh sangat. He he.Puasa - puasa ni deria semua dah tak awas. Bende dekat jadi jauh.Tapi alhamdulillah berbaloi .Akhirnya jadi ahli. Kenapa ? Sebab aku tak pernah jemu berhubung menerangkan tentang produk kita yang berkualiti. Bayangkan kalau di peringkat awal kita dah give up sudah tentu peluang melepas begitu sahaja.
Sebelum tu , Alhamdulillah tiba sahaja aku mendapat call dari prospek yang entah dari mana mendapatkan no telefon aku. Betul juga bila orang dah tau apa kita buat maka dengan mudah juga orang menghubungi kita. Katanya nak susu IgG Plus Smart Naco juga (takut tersalah beli). Saudara ini mengambil dua kotak tanpa mau menjadi ahli.Katanya dah terlalu banyak menjadi ahli.Katanya kali ni nak cuba dulu.
Tak masuk lagi seorang prospek dari Puchong yang sanggup turun ke Ampang untuk mendapatkan IgG Plus kerana upline telah pun menghilang. Itulah rezeki buat yang masih gagah mengharung dugaan. Selepas ini langkah akan di teruskan . Buat yang selalu membaca jurnal ini tapi masih belum membuat keputusan ..ayuh !! sertai kami di medan ini>>>http://nazliana.iggnetwork.com
Wasalam
Assalamualaikum. Hari ni dah seminggu lebih kita berada dalam bulan Ramadan. Belum terlambat untuk ucap Selamat. Semoga amalan kita di terima Allah Taala. Seronok rasanya berada dalam bulan ini kerana kita merasa kehidupan islam sebenar. Surau dan masjid tidak pernah sunyi. Akhbar dan media televisyen padat dengan tazkirah dan rencana islam.
Begitu juga dengan kita yang tak pernah sunyi dengan cerita - cerita IgG Plus kerana kerap ke udara di televisyen dengan Iklan IgG Plus. Kalau pun tidak terlihat, kita juga sering menggerakkan diri kita membaca blog jurnal kawan - kawan. Menambah ilmu, meningkatkan motivasi dan kemahiran kita. Paling tidak pun kita kerap menelifon upline mendapatkan informasi. Macam aku dah tentu selalu berbincang dengan Fauzan tentang urusan biz. Untung ada dekat. Kalau jauh pun tak rugi kerana di situlah penilaian kita bermula tentang relationship dengan kawan - kawan.
Sejak 'grade' rasanya banyak betul yang aku rancangkan. Ya lah kita merancang tapi Allah yang menentukan.Paling tidak kita kene ada perancangan. Nak menetapkan rancangan kene bermula dengan matlamat. Apa misi dan visi kita nak capai dalam perancangan tersebut. Seterusnya bila kita dah tentukan misi dan visi kita teruskan dengan action yang perlu di 'implement'. Selesai 'implement' kita laksanakan 'evaluate'. Contoh di sini apabila kita buat iklan di internet kita kaji kembali adakah iklan tersebut dapat menghasilkan 'close' yang ramai di bandingkan dengan melalui talian telefon atau sms. Kalau penilaian menghasilkan result yang tidak memuaskan maka kita perlu ubah kembali 'action' tersebut. Satu proses yang tak pernah terhenti.
Satu plan yang dah aku buat ke arah biz online yang berjaya adalah mewujudkan satu lagi blog. Walau pun tak sehebat mana tapi aku bersyukur sebab dah mulakan satu langkah .Walau langkah itu kecil tapi dari kecil menjadi besar. Dalam siri artikel orang yang dah berjaya ada berkata untuk berjaya dalam biz online kita perlu tulis dan terus tulis. Insyaallah aku akan cuba adakan masa untuk update 2 blog ni.Addressnya http://www.nliana.blogspot.com.
Dalam pada tulis dan terus tulis kadang - kadang aku tak dapat seimbangkan SDA aku . Bagi aku yang masih bekerja dengan majikan tak terbuat juga kadang - kadang . Namun kelemahan ini akan aku cuba perbaiki kerana tanpa SDA tunjang kekuatan biz akan lemah. Pada aku yang telah melihat Smart Naco sebagai satu kepuasan . Nak melupakannya bukan mudah.Bagilah apa sahaja dugaan , untuk berjaya dalam SN tidak pernah luput. Walau tidak mencecah 4 angka lagi bukan juga dugaan hebat buatku sebaliknya menjadi satu idaman yang ingin di capai.
Kita semua pasti ada impian/idaman yang ingin di capai.Tepuk dada tanya selera......
Marilah bersama menggapai impian di SINI
Lama betul aku tak update .Sebenarnya pssssssst !! tengah sibuk sket .Lain dari kebiasaan.Dalam pada senyap tu pejam celik banyak betul event aku kene pegi. Semuanya seminar pembangunan diri yang aku hadiri untuk mengenal pasti potensi dan membangunkan potensi diri yang sedia ada.
Kita tak harus penat menimba ilmu.Ini penting untuk mendalami bidang yang kita buat.
Aku juga sedang mgkaji dan post motem kejayaan lalu juga mengkaji apakah sebab ada kegagalan .Penting juga sebab kadang kala kita tak pasti sejauh mana apa yang di buat mendatangkan hasil.Tak cuba pasti kita tak tahu kerana kita tidak menghadapi nya.
20 hb lepas sempat aku menghadiri meeting di Bangi berjumpa dengan leader - leader hebat .Tak pernah sunyi dengan motivasi ..itu yang aku suka pasal MLM. Bukankah motivasi itu menjadi pemangkin kita bergerak.Cuma caranya yang berbeza .Bukan diam itu tanda mati , kadangkala tanda muhasabah...supaya kita ada masa merenung kembali , supaya merenung apa di buat adakah mengikut sasaran. Buat buat tapi takde kawalan agak menyebabkan kita tersasar jauh.
Pejam celik dah sampai tiba nya Ramadan. Semoga Ramadan kali ini membawa lebih keberkatan buat kita semua.
Wasalam
Assalamualaikum,
Terima kasih kepada semua rakan niaga .Anda umpama lilin yang sentiasa menerangi orang lain. Upline dengan 'Service and Schooling' .Aspek penting untuk kita rasa di hargai . Semua pelawat - pelawat journal, apabila kita bergerak dalam MLM kita memerlukan kata - kata semangat untuk kita sentiasa hebat. Untuk jadikan diri kita HEBAT! Kita perlu menonjolkan diri untuk kita di kenali. Apabila kita di kenali maka orang lain akan menilai potensi yang ada dalam diri. KATA - KATA MOTIVASI ITU SEBENARNYA PENGGERAK DIRI UNTUK BERJAYA...
Mukadimah tersebut pembuka bicara.....
Aku baru balik dari Kuching .Sambil hubby bekerja cover Merdeka ke 49 di sana, aku pulak tumpang sekaki g vacation dengan anak. Seronok nya dan sekarang selalu intai web Air Asia untuk bawa mak dan abah pulak.InsyaAllah kalau ada rezeki tahun depan. Kek Sarawak, Laksa Sarawak, Mee Kolo' , Terubuk Masin..he he warna - warna kehidupan. Sepanjang di sana aku stay kat Harbour View depan Water Front.So mudah sekali nak bershopping belikan cenderahati untuk ahli keluarga dan kawan - kawan.Terima kasih Kak Harlina yang ramah tamah melayan kami. Dia ni Ketua Biro BERNAMA KUCHING (Tempat Hubby Posting).
Balik KL ambil kereta kat BERNAMA terus balik Nyalas Melaka (Rumah mak mertua). Macam xplorace rasanya.Kebetulan adik ipar yang bekerja di Kunak Sabah dan yang belajar di Universiti Darul Iman Terengganu balik jadi hubby tak nak lepaskan peluang berjumpa..
Ha balik KL banyak tanggung jawab perlu di selesaikan .Lepas beberapa hari iklan di akhbar banyak juga prospek perlu di follow up. Cd dah di hantar dan dah terima.Meninjau beberapa prospek semalam banyak yang belum tengok CD .Aku dah minta mereka luangkan masa dan petang ni kene call balik untuk dapatkan respon.InsyaAllah rezeki tak kemana kerana kita dah usaha.
KEPADA SEMUA CLIENT YANG DAH DAPAT CD LUANGKAN MASA MENONTONNYA KERANA SELEPAS ITU ANDA AKAN TAHU BETAPA BERNILAINYA PELUANG YANG KAMI TABUR KEPADA ANDA atau LAWATILAH WEB INI.
BEBASKAN DIRI DARI BEBAN KEWANGAN DENGAN MENYERTAI SMART SUCCESS TEAM!!
Ok nak teruskan kerja yang banyak sebelum berangkat ke Jeram Besu Pahang untuk course retreat Office.
Wasalam
Assalamualaikum,
Dulu masa bulan Mac 06 aku bermula dengan meeting dan booth jualan . Elemen MEETING DAN BOOTH JUALAN amat penting dalam menyediakan TAPAK dan MELIHAT TARGET PASARAN kerana :
Meeting menyediakan kita asas kepada bidang baru yang sedang kita teroka.Banyak ilmu dan motivasi yang tidak dapat di mana - mana.Ia juga satu medium bukti kewujudan sebuah lagi 'firma' kerana apabila kita bekerja sendiri (tiada ofis tetap seperti sykt swasta dan badan kerajaan) maka kita perlukan meeting supaya kita ada arah, penggerak dan dorongan imbuhan.Bagusnya Smart Success Team kerana ONLINE CONFERENCE (meeting online) yang memberi kemudahan tanpa batasan.Hanya perlu software meeting dapat di dengari di mana - mana.
Booth Jualan memberi gambaran penerimaan masyarakat berkenaan produk melalui feedback yang di terima.Ada yang sudah memiliki produk dan menjadi ahli memberikan feedback paling bagus .Walau pun tidak menjadi rakan niaga kita tetapi segala feedback yang di salurkan memberikan semangat pada kita yang baru bermula untuk mengekalkan momentum kita. Booth jualan mengasah bakat menjadi seorang penjual kerana berdepan secara langsung dengan prospek dapat lah belajar berinteraksi secara 'verbal' dan juga 'body contact'.
Sekarang pula Aug 06 bermula dengan IKLAN di akhbar. ELEMEN IKLAN di akhbar penting dalam menjalan dan memperkenalkan biz se antero negara. Semua kita maklum bahawa medium akhbar mempunyai sasaran pembaca yang ramai bergantung kepada sambutan dan pemilihan langganan bacaan harian . Dengan pengiklanan akhbar, kita dapat MENAMBAH RAKAN NIAGA DI DALAM LINGKUNGAN KAWASAN YANG LEBIH BESAR dan MEMPROMOSIKAN PRODUK . Ini perlu kerana untuk berjaya kita sentiasa memerlukan kemasukan ramai ahli - ahli (rakan niaga) yang baru.
Konsep Bermula sebenarnya menjadi penggerak yang baik. Adakah rakan yang lain mempunyai pengalaman yang sama apabila bermula di mana kita biasanya menjadi orang yang aggresif dengan peluang yang ada. Agresif lahir kesan kewujudan faktor berikut :
1-Semangat ingin tahu
2- Senario 'bende baru'
3-Tekad yang meluap - luap kerana tidak sabar memperolehi pendapatan di impikan
4-Sentiasa muhasabah untuk berjaya bergantung kepada cara mana peluang datang (di beri atau dengan usaha sendiri).
Dalam menangani permasalah atau pun cabaran dalam mengendalikan sesuatu bidang KONSEP BERMULA sesuai di aplikasikan supaya kita lebih bersemangat seperti mula - mula kita menceburi bidang tersebut. APABILA KITA MULA 'DOWN' fikirlah semula bagaimana rasanya semasa kita masih baru dahulu dan bagaimana 'rasa' itu boleh timbul ...
Macam aku permulaan yang baik bila dapat income RM 609 dalam bulan pertama dan memegang title manager .walau pun angka sedemikian tidaklah banyak tetapi semangat yang aku buktikan juga bukan calang- calang.
Dalam mengekspresikan promosi dalam iklan akhbar walaupun nampak mudah tetapi kami melalui fasa masa yang agak panjang.Walau telah plan lama dengan Lily baru minggu ni dapat di realisasikan . Peringkat permulaan di perlukan bukti mengatakan kita mewakili sesuatu company.Apabila semuanya sedia masalah pula kerana ada pihak tidak memberikan kebenaran kononnya MLM tidak dibenarkan.Perkara - perkara yang begini sekiranya tidak di bekalkan dengan tekad sudah pasti akan mnyebabkan sesuatu perkara yang ingin di buat terkandas.Namun kerana matlamat asal telah terpahat kita hanya melihat halangan - halangan ini sebagai satu hiburan..dan aku yakin pasti di setiap kejayaan rakan niaga kita pasti mereka telah pun merasai pelbagai dugaan.
Ok kepada yang telah aku kirim kan Cd semoga menjadi agenda pertama untuk melihat Cd tersebut.Terimalah peluang istimewa ini yang telah diberikan kepada anda kerana kadang kala peluang terlalu payah kita cari kerana kita tidak di tawarkan.Sebagai mana aku mula menerima peluang dengan tidak sabar akhir nya membuahkan hasil dan kejayaan peribadi ku sendiri.Alangkah seronok menguruskan perniagaan sendiri isi borang sendiri dan buat semuanya sendiri.
Dalam pada sibuk dengan prospek - prospek yang berebut menghantar SMS sempat lagi aku terbang ke Kuching Sarawak esok (31 Ogos 2006) dengan anak ku. Alia dah tak sabar - sabar nak jumpa abah dia yang dah kat sana sejak 26 Ogos yang lalu untuk tugas 'cover' merdeka sehingga 2 September 06. Sambil bercuti boleh la aku dapatkan prospek di Kuching pula. Seronoknya kalau dulu tak ade pernah bawa Cd naik flight kali ni dah macam penjual CD pula.
Ku mohon pada mu ya Allah semoga di murahkan rezeki kita semua . Semoga kita semua lebih berjaya akan datang . Akhir kata USAHA KAN KEJAYAAN KITA MENEMUI MANISNYA USAHAKAN AMALAN KITA TEMUI HIKMAHNYA....
wasalam.....


Assalamualaikum,
Anak ikan dalam peti, Peti di ikat si Kelana,
Sungguh girang rasa hati, Ini nasib orang berguna.
Andai ku lihat langit berseri,Purnama mengambang warnai alam,
Ciptaan Allah tak lupa ku syukuri, Ku hampir dgnNya ku dekati kalam.
Ku dekati Nya kalam Al Quran, Terangi hati murah rezeki,
Biz IgG menjadi ukuran, Kuserap ilmu hidup kejayaan hakiki.
Pantun pembuka bicara.Teringat dulu naib juara pantun kampungan..he he..hantam saje la!! Kalau nak ilmu hidup di redhai aku ingat kan diriku sendiri layarilah Al Quran supaya hidup berpedoman. Dan kalau nak ilmu Smart Naco dan Smart Success Team..maka layarilah dan pergilah Meeting dan Kelas2 anjuran pakar Biz SST.
Selepas kenduri kat rumah dengan letihnya ajak hubby hantarkan kat Stokis Setiawangsa .Tapi walau letih semangat Meeting tetap membara sepanas cuaca yang bahangnya terasa ketika menaiki skuter suzuki yang di beli hubby dengan harga RM 100 cash..ha ha kelakar tul...
Sampai je aku tengok Lily dah ada dengan Salwa dan Junizar.Sasaran meeting kali ini.Dah bagi salam aku pun masuk bilik meeting trus terlelap sedar2 dah sampai dah PD Fauzan dan PD Rizal.. Pakar biz online termasyur..Seorang sedang menikmati habuan Accord dan sorang lagi insyaallah berusaha dengan Perdana V6 ..PENANGAN BIZ ONLINE DAN SMART SUCCESS TEAM. So kenapa masih ada yang tak nak JOIN SST .Rebut lah peluang yang ada di depan mata kita..
Meeting / Talk kali ni di penuhi dengan tip2 online.Macam biasa aku di tawarkan lagi untuk mengukuhkan skill bercakap menjadi Amcee.Ada improvement..Dah takde 'vibrate' dalam nada suara.Seronok pegang mic.Lets Karaoke!! He he
Sebelum menjemput PD berceramah aku mulakan dengan mukadimah berkenaan kewujudan G2 dan matlamat SST ke arah Biz Online.PD Fauzan bercerita tentang G2 dan motivasi menjadi usahawan sejati manakala PD Rizal dengan biz online dengan lebih terperinci.Kehadiran dalam 10 orang.Satu angka yang jadi masalah namun tidak mendatangkan kerugian pada yang hadir .Majlis bermula dengan semangat dan berakhir dengan semangat yang membara.Apa taknya dah penuh di dada sarat dengan maklumat untuk di praktikkan.Ilmu kalau tak di praktikkan takde la manafaatnya.
Balik naik skuter sempat lagi aku berangan ..Puas dengan hari yang bermakna.Walau letih ..sempurna lagi tugasan seada dan semampu ku.Memang la tak perfect tapi alhamdulillah seronok jadi orang berguna..Sebagai mensyukuri rahmat Allah sempatla singgah pasar malam Ampang Tasik beli ayam goreng dan murtabak untuk anak dan anak - anak buah yang memecah kesunyian rumah mak setiap hujung minggu..tanpa kalian sunyi jugak acik....
Malamnya...tertidur aku di sofa tersedar dari mimpi indah bila Ain Irdina, Anis Izzati dan Afiq mengejutkan jam 10 malam ..''Acik salam..nak balik".........
Wasalam
Assalamualaikum semua.
Hari ini dan hari sebelum sebelumnya rutin yang sama.Tetapi minggu ini agak berbeza ku tumpukan untuk konsep kemasyarakatan di tempat tinggal.Ialah peranan kita dalam komuniti tidak boleh di tinggalkan. Kadang kala kita memang tidak boleh mengenepikan rakan - rakan kejiranan yang sama penting dengan peranan rakan - rakan niaga.
Dalam usia 30 tahun aku mula luangkan masa untuk kenduri kahwin di rumah jiran. Bermula hari Sabtu jam 11.00 pagi kami sama - sama membuat kerja - kerja menyiapkan masakan untuk makan tengahari dan juga majlis nikah seterusnya untuk tahlil pada malam hari. Anak ku tinggalkan di rumah sambil jenguk- jenguk sekejap.Tgk tv la jawabnye.Dah besar dah 6 tahun..dan dah pandai bawa diri sebab dah biasa di tinggal abah dan ibu dia masa kerja dan ke kelas dulu.Masa tak terasa dari kul 11 sampai 7.30 petang.Malam pegi tahlil pula dan esoknya ramai jemputan datang .Sambil pastikan lauk pauk mencukupi pastikan juga tetamu mendapat cenderahati yang di peruntukan oleh Tuan Rumah.Puas aku akhirnya cita- cita untuk mula ber'campur' orang tercapai..ya la sampai bila lagikan..??
Semua tu ku paksa diri .Satu cara bagaimana memulakan sesuatu yang aku tak biasa.Kalau dulu duk dgn mak tak perlu sangat nak memikirkan hal ini .kita pun sibuk dengan hal sendiri tapi bila dah dewasa dan dah ada rumah sendiri (beli pula tu) kene la masuk agenda skit.
Dalam pada tu masih tringat nak arrange masa untuk meeting kat Stokis Setiawangsa .Macamana caranya ??Ok sampai je kat rumah jiran seawal 10 pagi hari Ahad, aku dah update kat kakak - kakak tu..Kak, saya sampai kul 2 je ada pastu saya ada MEETING.Mlopong jap dia orang ..Bukan calang2 g meeting ari Ahad. Meeting apa tu ?? He he
Sampai kat Setiawangsa mula la aku mengantuk penat macam - macam ada.Dahla ari Jumaat cabut gigi dengan kesan bius tu buat bertambah - tambah kekurangan tenaga.Nasib juga dah di balancekan dengan IgG Plus.Macam - macam cerita cabut gigi dengan pelbagai kesakitan tapi aku pulak ada keajaiban sendiri tak rasa apa yang orang rasa. Doktor cukup seronok bila tengok gigi yang di cabut tak patah dalam gusi..Ha aku tau dah sah - sah gigi aku kuat sebab IgG sumber kalsium yang menguatkan tulang dan gigi..eh macam iklan gigi la pulak....dalam pada mc tu sempat lagi aku mengemas rumah sampai tengahari.
Aku cukup seronok dengan minggu ni.Dalam pada sibuk dengan kerje, biz, tggungjawab kat rumah, komitmen dgn jiran aku masih lagi sempat g meeting..berapa bergunanya aku...he he ..memang penat tapi puas..Dah dapat kenal rapat lagi dengan jiran yang selama ni hanya senyum dan menyapa ringkas dan dah dapat menambah bilangan senarai prospek..he he..memang nama ku dengan IgG tak tersebar di kediaman..coming..he he..
Akhirnya aku selalu ingat apa yang aku buat ..sempat nye adalah kerana family yang sporting..Alhamdulillah..Jadi ......masa memang penting untuk di tadbir .Utamakan priority juga balance kan masa yang sama diperolehi untuk setiap orang.Betul juga kata Fauzan..kita tak perlu alasan nak berjaya..Inilah cara aku memujuk emosi yang kadang kala letih...
Anda juga..boleh menjejaki kami juga sertai kami tak kira berapa banyak masa anda yang tinggal setiap hari ..JEJAKI KAMI UNTUK BEBAS DARI BELENGGU TAK CUKUP WANG.