
SELAMAT DATANG KE JURNAL LIN
JURNAL BIZ ANDA
vcd percuma sms 012-2765460 / 019 2695460


Assalamualaikum,
Anak ikan dalam peti, Peti di ikat si Kelana,
Sungguh girang rasa hati, Ini nasib orang berguna.
Andai ku lihat langit berseri,Purnama mengambang warnai alam,
Ciptaan Allah tak lupa ku syukuri, Ku hampir dgnNya ku dekati kalam.
Ku dekati Nya kalam Al Quran, Terangi hati murah rezeki,
Biz IgG menjadi ukuran, Kuserap ilmu hidup kejayaan hakiki.
Pantun pembuka bicara.Teringat dulu naib juara pantun kampungan..he he..hantam saje la!! Kalau nak ilmu hidup di redhai aku ingat kan diriku sendiri layarilah Al Quran supaya hidup berpedoman. Dan kalau nak ilmu Smart Naco dan Smart Success Team..maka layarilah dan pergilah Meeting dan Kelas2 anjuran pakar Biz SST.
Selepas kenduri kat rumah dengan letihnya ajak hubby hantarkan kat Stokis Setiawangsa .Tapi walau letih semangat Meeting tetap membara sepanas cuaca yang bahangnya terasa ketika menaiki skuter suzuki yang di beli hubby dengan harga RM 100 cash..ha ha kelakar tul...
Sampai je aku tengok Lily dah ada dengan Salwa dan Junizar.Sasaran meeting kali ini.Dah bagi salam aku pun masuk bilik meeting trus terlelap sedar2 dah sampai dah PD Fauzan dan PD Rizal.. Pakar biz online termasyur..Seorang sedang menikmati habuan Accord dan sorang lagi insyaallah berusaha dengan Perdana V6 ..PENANGAN BIZ ONLINE DAN SMART SUCCESS TEAM. So kenapa masih ada yang tak nak JOIN SST .Rebut lah peluang yang ada di depan mata kita..
Meeting / Talk kali ni di penuhi dengan tip2 online.Macam biasa aku di tawarkan lagi untuk mengukuhkan skill bercakap menjadi Amcee.Ada improvement..Dah takde 'vibrate' dalam nada suara.Seronok pegang mic.Lets Karaoke!! He he
Sebelum menjemput PD berceramah aku mulakan dengan mukadimah berkenaan kewujudan G2 dan matlamat SST ke arah Biz Online.PD Fauzan bercerita tentang G2 dan motivasi menjadi usahawan sejati manakala PD Rizal dengan biz online dengan lebih terperinci.Kehadiran dalam 10 orang.Satu angka yang jadi masalah namun tidak mendatangkan kerugian pada yang hadir .Majlis bermula dengan semangat dan berakhir dengan semangat yang membara.Apa taknya dah penuh di dada sarat dengan maklumat untuk di praktikkan.Ilmu kalau tak di praktikkan takde la manafaatnya.
Balik naik skuter sempat lagi aku berangan ..Puas dengan hari yang bermakna.Walau letih ..sempurna lagi tugasan seada dan semampu ku.Memang la tak perfect tapi alhamdulillah seronok jadi orang berguna..Sebagai mensyukuri rahmat Allah sempatla singgah pasar malam Ampang Tasik beli ayam goreng dan murtabak untuk anak dan anak - anak buah yang memecah kesunyian rumah mak setiap hujung minggu..tanpa kalian sunyi jugak acik....
Malamnya...tertidur aku di sofa tersedar dari mimpi indah bila Ain Irdina, Anis Izzati dan Afiq mengejutkan jam 10 malam ..''Acik salam..nak balik".........
Wasalam